Tuesday, 20 December 2011

Apa itu AUTISME?

Mengenali Autisme

PESTA BUAH BUAHAN PPKI




PENGENALAN

Program Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) SK Seri Inas berhasrat untuk mengadakan satu Pesta Buah-Buahan murid PKBP yang bertujuan untuk merapatkan hubungan guru bersama murid dengan lebih dekat. Ia juga selaras dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran yang fleksibel dan bukan setakat di bilik darjah semata-mata.

Murid juga perlu didedahkan dengan dunia supaya lebih terbuka dan tahu bahawa terdapat pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang boleh dipelajari dengan bergaul dan berkomunikasi dengan dunia di luar bilik darjah dan luar kawasan persekitaran mereka.







OBJEKTIF

1.            bagi membolehkan murid mengenal buah-buahan dan khasiatnya.
2.            Merapatkan jurang perhubungan antara guru dan murid
3.            Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang boleh dipelajari dengan bergaul dan berkomunikasi dengan dunia di luar bilik darjah dan luar kawasan persekitaran mereka.
p/s: gambar akan menyusul.....